Thursday, October 25, 2012

andai diri ini rebah lagi


Aku memerhati mereka dengan penuh persoalan,

Menanti dengan penuh jawapan,

Bila bertembung tidak ditegur,

Bila berselisih langsung tidak disapa,

Kalau aku yang mulakan, rasanya sudah beberapa kali perkara ini berulang,

Namun, ku nanti dengan penuh kesabaran..

Andai dia mulakan…

Aku akan teruskan serta melupakan segala pertelingkahan,

Namun detik untuk ku mulakan lagi sebuah persahabatan..

Tidak pernah hadir menyapa diriku..

Sehingga malam itu…

Segala kata yang menjadi rahsia,

Segala dendam yang tersimpan dibongkarkan,

Baru ku tahu..

Kerana ketidakThiqohanku,

Aku disingkirkan,

Disisihkan dari sebuah syura…

Andai ini yang telah tertulis buatku…

Aku menerima segala komentar…

Insyaallah tangan yang berlumuran dosa ini,

Akan ku basuh di kolam pengampunan,

Agar hilang segala noda

Namun! Aku telah bertekad tidak akan  kembali kepada kawanan manusia yang membuangku!

Langsung tidak menyedarkan aku dari kelalaian….

Maaf oh tuhan…