Monday, February 11, 2013

the hottest tauhid issue!


Allah merupakan tuhan sekalian alam. Hanya Allah yang layak disembah. Seperti yang difahami melalui al-quraan dan hadis, agama yahudi merupakan agama yang diseleweng manusia melaui ajaran asal dan begitulah juga dengan agama kristian.

Agama kristian, mengakui tentang wujudnnya Allah s.w.t, mereka bersaksi pada kewujudannya. Namun mereka menolak kerasulan Nabi s.a.w. sedangakan Nabi Muhammad s.a.w diutuskan kepada semua bangsa walaupun keturunan mereka dahulu pernah melalui masa bersama nabi-nabi terdahulu. Apabila turun nabi Muhammad, siapa yang hidup sezaman dengannya wajib beriman dengan Allah serta Muhammad s.a.w. kalau tidak beriman dengan salah satu, maka tidak dikira islam dan neraka pengakhirannya.

Maka, tindakan yang diminta oleh kristian untuk menggunakan kalimah Allah oleh kristian dalam bible adalah tidak boleh kerana mereka menolak kerasulan nabi Muhammad." rujuk surah al-imran,jika kamu mencintaii Allah, maka ikutlah aku" Bible itu bukanlah kita agama-agama yang pernah diturunkan sebelum ini. ia terhasil dengan penyelewengan manusia. Jadi apabila kitab itu telah pun mensyirikkan Allah dan tidak mengakui nabi Muhammad sebagai Rasul terakhir, maka mereka tidak layak.

Samalah seperti orang yang tidak mengaku Malaysia sebagai negaranya, tidak layak meletakkan dalam pengenalan dirinya WARGANEGARA. Nak jadi warganegara, kena berjanji untuk setia dengan Agong dan sebagainya, namun sekiranya seseorang itu telah pun menukar kerakyaktan, tiba-tiba nak letak Malaysia sebagai negaranya, adalag tidak boleh.

Mustahil Allah mengiizinkan manusia mensyirikkannya diatas muka bumi ini. kalau letak nama allah dalam bible dalam versi bahasa melayu, kenapa bahasa lain x letak? Ini semua perancangan memurtadkan orang islam.

Kalau orang kristian ke, Buddha ka, hindu ka, melayu yang kafir ka nak sebut nama allah di 
mulut,sebutlah, nak tulis dalam Paper, buku atau jurnal tulis lah, tapi dalam sesuatu yang berkaitan dengan kita teras agama lain, adalah tidak boleh. Kalau tulis juga kita perang. Bukan kita mengejar keharmornian negara dalam keadaan manusia mensyirikkan dan merendahkan kalimah allah. Dan bukan kita nak menang dalam pilihanraya dalam keadaan agama lain tidak boleh menghormati hak islam sebagai agama rasmi persekutuan di negara Malasyia dan satu-satunya agama yang boleh bawa keharmornisn kepada dunia.

Rujuk video DR. harun din di youtube.

Monday, December 31, 2012

khilaf BADAR kEESAasS









Suatu hari dalam kereta sepupu, OTW nak ke KISAS:

“ mad, kenapa abang dengar hampa punya BADAR over, Extreme semua lah. Orang kata syadid lah, perlukah sampai macam itu. Abang pernah dengar badar KIsas pecahkan TV, cube ceriter sket”

Suatu hari pada saat ber ‘chatting’ dengan A girl, dari SBP jugak:

“eyh, I’m sorry. I nak tanya something, knapa I dengar BADAR korang syadid, tak bagi BOYZ cakap dengan GUrlz, haramkah? Macam mana nak buat kerja, korang kena hidup atas realitilah, kita bukan hidup atas fantasi, kerjasama 2 penting untuk bangunkan KISAS”

Suatu hari terjumpa seorang kakak Alumni sekolah lama sebelum penulis masuk KISAS:

“ eyh, MAD, Ok ke KISAS? Dengaq kata dekat KISAS, hampa ada LIQA’ al-bab atau Babul LIQA’, nak cakap kena cari pintu? Betulkah? Susahla nak communicate kalau macam 2! Ni akak dengar dari kawan kakak dari KISAS yang masuk UTP,”

Terjumpa budak lelaki SBP waktu HKSBP, dekat STAR:

“ eyh dengar kata darjat BADAR dekat KISAS lagi tinggi dari KP? Betulkah? Dengar kata BADAR tak bagi panggil student KISAS panggil nama, kena panggil Muslimin for boys, dan kalau girls kena panggil muslimat” teroknya. Bukankah islam suruh kita berkenalan.

Seorang pelajar KISAS sendiri bertanya:

“aku tak puas hati r dengan BADAR, asal muslimat tak boley buat itu, tak boley wat ni! Kitorang pun ada hak nak main, nak main futsal, nak join Paintball, salahkah? Tak abes-abes dengan ikhtilat! 

Huh!”

BENARLAH KATA NABI, ZAMAN FITNAH ITU MEMANG PERIT, FITNAH ADA DIMANA-MANA

Ana jawab yer satu per satu ;

Untuk soalan tentang TV yang dipecahkan itu, Wallahualam. Ana pun tidak pasti apa yang menjadi asbab berlakunya perkara itu. Cuma ada seorang Ustazah yang mengajar PSI, mengingatkan kepada ana supaya menjalankan tarbiyah dengan baik. Jangan pecahkan tv lagi. Saya pun x pasti, tapi saya sendiri akan melakukan perkara sama, jika disebabkan tv:
     
         Result kawan-kawan merosot
     
      Lambat solat dan lambat bangun subuh( hal ini pernah dilakukan oleh saidina Umar, apbila dia memukul seorang lelaki kerana lambat menunaikan solat disebabkan melakukan kerja-kerja yang tidak berfaedah)
3
.       Tarbiyah merosot( para pelajar terlalu asyik dengan tv, sampai al-mulk tidak baca, mathurat tidak baca, terjerit-jerit depan tv)

Semua ini dilakukan ikut kesesuaian zaman


Soalan yang kedua;

BADAR KISAS, tidak pernah sesekali mengeluarkan fatwa bercakap dengan muslimat(pelajar perempuan) atau muslimat bercakap dengan Muslimin(pelajar lelaki) adalah HARAM. Tidak pernah rasanya, tetapi siapa yang nak cakap atas urusan yang perlukan muslimat, perlulah menjaga adab-adab yang diwarisi dan dicipta untuk kemaslahatan semua pelajar. Kalau nak pergi bergurau, nak tanya ayah awak kerja apa, nak gi tanya adik awak minat citer 3 idiots x, tidak perlu. Malah akan menimbulkan fitnah. Jadi , kalau sekadar KR nak pergi jumpa PKR, ajak bincang tentang masalah rumah. Tidak menjadi masalah. Asalkan ikut adab-adab yang digariskan.

Pertanyaan ketiga;

Kenapa perlu gunakan Liqa’ Al-bab( bercakap dibelakang pintu). Soalan ini saya pernah tanya dekat Ustaz Rosli Othman Al-balfasi, sekarang Ahli Majlis Fatwa dan bertugas di JPNPP. Beliau merupakan bekas pelajar KIK. Isu ini wujud sejak zaman 80-an lagi. Beliau menjawab, ada ayat quraan yang memerintahkan isteri nabi untuk berbicara dengan lelaki lain di sebalik hijab. Maka ayat ini turun kepada isteri nabi. Ada orang kata isteri nabi je lah kena ikut sebab mereka isteri nabi. Taraf dan darjat mereka tinggi. Tapi kita kena sedar, isteri Nabi itu adalah Ummahatul MU’minat. Ibu kepada semua orang mu’minat. Jadi, sebagai anak, kena ikut ibulah. Apa yang diperintahkan kepada semua isteri nabi adalah perintah kepada untuk semua muslimat. walaupun x berbaur perintah wajib, namun itulah yang terbaik agar selamat dari segala fitnah dan kes rogol.

Isu keempat;

Memang benar islam suruh kita berkenal-kenalan antara lelaki dan perempuan, . Namun perlu kita lihat dari segi keprluan dan mudorat yang kan timbul apabila terlalu berkenalan. Tidak hairan kes couple dekat sbp lain dan smka lain bertimbun sebab korang tak panggil muslimin & muslimat lah. 

Tersentap!

kalau kenal diatas urusan kerja, tiada masalah kalau nak panggil muslimin dan muslimat pun. Perasaan pun tak timbul. Klau nak berdebat pasal perasaan, cuba tengok post yang sebelum ni pasal hukum suka lelaki dan perempuan.
Kisas bukan medan untuk berkenalan dan membiarkan pucuk cinta tumbuh di bumi waqafan ini.


The hottest issue!

Islam memang amat menganjurkan umatnya beriadah. Kalau nak sebut hikam waamsal itu, memang ramai dah hafal. Kalau ustazah marking paper insya’, memang majority tulis “al-aqlu salim fi jismi salim”. Islam tidak mengharuskan kepada golongan lelaki untuk beriadah, malah wanita juga diharuskan bersukan dan beriadah.

Yang menjadi masalah, apabila melakukan riadah dengan alat music. Seperti senamaerobik, adalah harus kalau pasang muzik yang mengingatkan hati kepada Allah dan mengasingkan lelaki dan perempuan. Kalau tutup aurat, tidak kelihatan bentuk badan muslimat oleh muslimin maka harus.
Yang menjadi halangan dan haram apabila muslimat main futsal depan muslimin. Kemudian terjerit-jerit.

“mardhiah! Pass dekat aku bola tu”

“wardah, cepat-cepat! Gooooooaal!!!!”

“ balqis! Tolong ana, kaki anak terseliuh”

Dengan kedengaran suara ayu dan terjerit –jerit mengalahkan lelaki, itu yang haram.

Kemudian dengan keadaan berpeluh dan badan yang melekit, berjalan pula depan muslimin, tak tahulah kalau tiada perasaan malu. Muslimin pun ramai yang malu, kalau berpeluh masuk ke kelas.

Kemudian jurulatih pun satu masalah, nak latih pelajar perempuan, mana boleh guru lelaki yang ajar. Tak kisahlah berpuluh tahun beza umur pun, tapi nafsu tidak pernah mati.

Kalau main dalam dewan tertutup, tiada laki yang tengok, bukan waktu solat dan sebagainya, maka HARUS untuk muslimat melakukan riadah.

Kalau bab PAINTBALL, haha…

Teringat waktu lawan PAINTBALL  dengan TEAM MUSLIMAT. bila ditembak bertalu-talu, tiba-tiba seorang muslimat membaling MASK.

Terlalu emosi agaknya.

Nanti jadi macam BOLLYWOOD & HOLLYWOOD, terlalu indah sehingga syaitan hinggap di hati. Takut lahir pula cinta paintball~

Ok! Harap faham, badar KISAS bukanlah membabi buta membuat keputusan. Segalanya diSYURA mengikut keadaan pelajar untuk terus mengharmonikan BIAh solehah di KISAS.

BADAR= BADAN DAKWAH DAN ROHANI
KISAS= KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH
LIQA' ALBAB/ BABUL LIQA'= BERCAKAP ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN TETAPI SEORANG AKAN BERADA DI SEBALIK PINTU( X NAK BAGI NAMPAK MUKA)
KP= KETUA PELAJAR(PENGAWAS)
KR=KETUA RUMAH 
PKR= PENOLONG KETUA RUMAH
UTP= UNI TEKNOLOGI PETRONAS

Monday, December 24, 2012

mencari srikandi hati


indahnya sewaktu islam datang,

menghentikan pemerdagangan wanita,

ramai pelacur menguntum senyuman,

ada juga yang datang membela,

tika itu juga terdengar helaian tawa,

anak perempuan...

mereka takkan ditanam lagi,

gembira si isteri dengan nafqah si suami,

hamba wanita tak perlu lagi,

sujud pada manusia,

dikenang suatu peristiwa...

lazatnya air zamzam diminum,

kerana bijaknya wanita bernama hajar,

kalau tidak mungkin banjir melanda,

berkatnya tangan seorang wanita,

harum mekar mewangi bau Masyitoh di syurga,

mempertahankan aqidah di hadapan firaun durjana,

hebatnya Fatimah Az-zahrah,

lambang wanita suci,

hidup tanpa noda,

membela perjuangan ayahanda,

hebatnya cinta khadijah,

utuh berdiri di samping suami,

semoga ada lagi wanita zaman ini yg mewarisi mereka ini

Sunday, December 23, 2012

andai itu menambah kemunafiqanmu


Ku lihat mereka, pasti ibu bapa dilambung gembira.

 Pasti riuh sekampung, bagai ayam yang bertelur. Berkokok si ayam jantan, dengar sekampung, kerana seronoknya si betina berjaya bertelur. 



Begitulah agaknya, apabila seorang ayah mendapat tahu yang anaknya mendapat tawaran untuk menyambung pelajaran ke mana-mana universiti lagi bahagia hati si ayah apabila anaknya menyambung pelajaran ke luar negara. Dipanggilnya orang kampung kerumah, dibuatnya tahlil dan doa selamat. 
Dikorbannya ayam, itik serta kambing untuk menjadi juadah. Malah ada yang lebih mengharukan sanggup menjual tanah bendang, kebun dan dusun untuk membiayai kos pengajian. Walaupun mendapat biasiswa, namun kos-kos lain seperti ‘medical check-up’ dan lain-lain akan menelan ribuan ringgit.
 Kalau si ibu pula, sanggup menggadaikan barang kemas dengan lelehan air mata dek kerana menggadaikan peninggalan arwah si ibunya dahulu. Namun demi menggubah nasib keluarga, bangsa dan agama, ibunya sanggup melakukan apa sahaja.

Persoalan yang timbul adalah tentang si anak? Adakah dia sanggup menahan segala mehnah diahadapan demi menebus sebuah pengorbanan yang ditaburi oleh kedua orang tua. Andai dia hanyut ketika merempuh badai di IPT, maka punahlah segala impian yang ditaburi oleh kedua ibu bapa.

ISTIDRAJ!  



Mungkin ada yang memahami maksud perkataan tersebut. Maksudnya ialah satu kelebihan yang Allah berikan kepada seseorang manusia untuk menambahkan lagi kesesatannya.
 Contoh yang seing digunakan ialah Firaun. Allah menambah kenikmatan kepadanya, gar bertmabah sesat.

 Ingat, tuhan yang ada pada zaman Nabi Musa, adalah sama dengan tuhan yang kita sembah pada hari ini. 
Maka tidak mustahil, untuk kita menjadi calon penerima anugerah Istidraj.

Istidraj yang dimaksudkan untuk kita golongan yang menutut ilmu ini ada pelbagai. Antaranya, kita akan disesatkan dengan apa yang kita lemah.

Sekiranya seseorang itu lemah dengan wanita, maka Allah mengizinkannya pergi jauh dari orang-orang yang mengingatkannya tentang bahaya zina dan sebagainya.
 Dia mendapat tawaran ke UK, Canada atau Korea mahupun negara Arab sekalipun, dia akan mudah untuk menuju ke jalan zina. 
Dinegara yang tiada undang-undang yang menghalang hubungan bebas, memang mudah untuk berzina. Maka, memang dapat dipanggil Istidraj jika seseorang itu dihantar ke tempat dimana ada sesuatu yang mampu melemahkan imannya.



Ada juga yang dihantar ke Jepun, kemudian gagal meneruskan pelajaran kerana biasiswa terhenti. Biasanya, menurut pegawai JPA, pelajar yang ‘repeat test’ adalah disebabkan kegagalan dalam ujian sebelum. Maka, biasiswa yang diberikan akan terhenti. Mungkin disebabkan terlalu leka dengan gadjet dan sebagainya, dia tenggelam dengan kemewahan dan tipu dunia.

Tetapi seandainya, seseorang itu dihantar ke Las Vegas sekalipun, namun  wanita dan judi bukanlah satu yang dapat melemahkannya, dan dia mampu mengawal syahwatnya,serta mampu istiqomah atas jalan yang Maha Esa, maka tiada masalah. 



Pergilah kemanapun asalkan iman dan kalimah tauhid sentiasa bersama.

Namun, sekiranya, kita masih diberi kesedaran dan hidayah Allah, maka bertaubatlah, didiklah hati dengan zikrullah.

Wallahualam.

Saturday, December 22, 2012

segalanya tentang cinta


Dulu pernah aku terfikir, kalau lepas SPM dah boleh kawin ke?

Aku pernah disajikan tentang abang-abang senior yang ‘akad ‘ lepas STAM dan usai menerima keputusan SPM.

Pelbagai kisah aku dikhayalkan tentang alam pernikahan..

Ada sebuah kisah yang memang menarik perhatian setiap warga kolej yang mengimpikan perkahwinan yang sempurna pada umur yang masih muda.

                                                      

Kisahnya tentang seorang Presiden Badar, yang menghadiri sebuah Daurah untuk menadah ilmu agama. Setelah lama menadah kitab dengan ulama’ di pondok tersebut, dia ditanya satu soalan. Seperti mana Muslih dalam novel Cintaku Kerana Agamamu,(karya DR. Farhan Hadi) disoal pensyarahnya. Ulama’ tersebut menghabarkan yang ada seorang santri yang ingin berkahwin. Lalu ayahnya, meminta ustaz untuk mencari pasangan yang sesuai. “ana merasakan enta paling sesuai”, kata ustaz itu. Setelah diistikaharahkan, memohon petunjuk Allah, mereka selamat di’akkadkan dan kini bersama mengembara di bumi kelahiran Nabi Musa, untuk mengejar kemanisan ilmu bersama zaujahnya tercinta. Selepas berkahwin, baru diketahui tentang keluarga zaujahnya, yang merupakan keturunan orang kenamaan di Kuala Lumpur.

 Ramai yang lemah apabila mengingatkan kembali kisah ini.

Indahnya cerita cinta orang yang berpuasa nafsu. Segalanya indah pada saat iftar nafsu cinta. Mereka tidak pernah bertemu,berkawan-kawan dahulu sebelum akad yang menghalalkan segala yang haram. Pasangan seperti ini memang sukar dicari. Biarpun bergelar Hafiz atau Hafizah, mahupun lepasan sekolah agama, namun memang sukar menahan godaan syahwat yang ingin dibelai cinta pada saat remaja.
 Semuanya dilakukan dengan penuh perasaan mengejar mardhatillah.

Tapi sekarang, sudah hampir sebulan dari tarikh akhir kertas yang kuambil untuk SPM, aku mulai sedar. Cinta yang dikejar tak seindah dalam movie dan drama. Kisah mereka indah dek kerana khayalan penulis skrip yang ku yakin tidak mengalami keindahan cinta dalam skrip karangannya. Memang seronok rasanya kalau cinta kita seindah dalam cereka. Namun ku sedar akan semua itu, cinta dunia tanpa akad ini satu ‘token’ ke pintu neraka. 

Sebagaimana tercoret dalam sabda Saiyyiduna Muhammad s.a.w “ dunia ini adalah syurga untuk orang kafir, tapi neraka untuk orang beriman”. 

Bimbang kalau kita terasa bahagia dengan cinta yang sememangnya tidak diredhai oleh sesiapa, termasuk dalam syurga dunia. Lebih baik kita terasa peritnya menahan hawa nafsu, tapi indahnya dilayan Bidadari syurga.

Kalau lepas SPM, lebih baik diisi dengan menuntut ilmu, menghadiri kuliah-kuliah ilmu. Inilah masa yang sesuai untuk bermuhasabah diri dan mengislah diri. Pada waktu inilah, seronok mengejar ilmu tanpa terikat dengan jadual persekolahan. 

Apabila menjejak kaki ke IPT, kita akan kembali terikat dengan jadual yang amat padat. Kuliah, tamrin, liqa’, mukhayyam dan sebagainya.

Perancangan nak tulis novel belum tercapai. Banyak cerita yang ku peroleh sepanjang bermusafir di bumi waqafan.

 Mohon yang setia membaca mendoakan agar novel yang pertama dapat terhasil.

Wallahualam.

Thursday, October 25, 2012

andai diri ini rebah lagi


Aku memerhati mereka dengan penuh persoalan,

Menanti dengan penuh jawapan,

Bila bertembung tidak ditegur,

Bila berselisih langsung tidak disapa,

Kalau aku yang mulakan, rasanya sudah beberapa kali perkara ini berulang,

Namun, ku nanti dengan penuh kesabaran..

Andai dia mulakan…

Aku akan teruskan serta melupakan segala pertelingkahan,

Namun detik untuk ku mulakan lagi sebuah persahabatan..

Tidak pernah hadir menyapa diriku..

Sehingga malam itu…

Segala kata yang menjadi rahsia,

Segala dendam yang tersimpan dibongkarkan,

Baru ku tahu..

Kerana ketidakThiqohanku,

Aku disingkirkan,

Disisihkan dari sebuah syura…

Andai ini yang telah tertulis buatku…

Aku menerima segala komentar…

Insyaallah tangan yang berlumuran dosa ini,

Akan ku basuh di kolam pengampunan,

Agar hilang segala noda

Namun! Aku telah bertekad tidak akan  kembali kepada kawanan manusia yang membuangku!

Langsung tidak menyedarkan aku dari kelalaian….

Maaf oh tuhan…


Sunday, August 19, 2012

Aku pilih perang dari keamanan!


Terpandang aku akan sebuah iklan di tv3, 
menceritakan tentang seorang pelajar yang baru pulang dari mesir ke Malaysia. Didalam perjalanan, pemuda itu, teringat akan kekecohan di mesir. Kemudian di banding dengan Malaysia yang katanya aman.

Allahuakabar!'
 Kita lebih memikirkan keamanan didunia, berbanding kesakitan disaat urat-urat dibakar, tangan kita hangus kerana di dunia kita tidak memilih jalan yang menegakkan hukum Allah.

Kita bangga mengecapi keamanan, disaat hukum Allah dihina kerana tidak pernah dimartabatkan.

Kita bangga Malaysia aman, tidak seperti di Negara luar, disaat arak, judi, rasuah yang diamalkan golongan berijazah terus bermaharajalela. Baik pemimpin atau korporat, semuanya sama, hidup dipayungi kekayaan, disaat golongan faqir terus merana.

Biarpun rakyat Mesir, Libya, Syria dan Burma bermandikan darah, menelan air mata yang tidak berhenti mengalir melihat anak mati dipancung, suami tersungkur ditembus peluru, rumah hancur dibom, tapi mereka bangga, sehingga Mursi naik takhta.

 Mereka semua berjuang untuk keamanan yang sebenar, iaitu keamanan apabila islam yang menguasai Negara, bukan diperintah golongan pemfitnah, munafiq dan fasiq durjana.

Lihat, hanya sebulan rakyat Mesir berjuang, Allah telah tumbangkan Mubarak, seandainya kita semua umat islam bangkit bersatu, tidak mustahil Islam yang akan menguasai dunia.

Sedarlah, bukan Mesir yang tidak aman, tetapi kita Malaysia yang tidak aman!

Selagi Kita terus dihujani maksiat, arak, judi, zina, bukan keamanan namanya.

Sedarlah!!!