Saturday, June 23, 2012

hentikanlah wahai para alim-ulama'!!!!



Ku hairan mengapa sering bersengketa,

Bertelagah di serata masjid dan musolla,

Di dewan muzakarah sehingga ke warung biasa,

Sehingga membuat orang awam tertanya,

Siapa yang benar antara mereka,

Mereka sanggup bertelingkah,

Berbincang tentang perkara remeh,

Terawih, talqin, tahlil,

Itu tajuk persoalan yang mereka timbulkan,

Gila orang awam dibuatnya,

Tertanya-tanya, mengapa ini jadi satu perbalahan,

Terbingung mualaf yang baru berjinak dengan agama mulia ini,

Sudah terang kata baginda,

Khilaf itu rahmat,

Kenapa perlu sesat-menyesatkan,

Kenapa perlu wahabi-mengwahabikan,

Kenapa mesir dan madinah perlu berentap??

Kenapa? Kenapa? Kenapa?

Sudah selesaikan isu Palestin..

Sehingga kita lupakan untuk sebuah perbalahan,

Kembali wahai para alim ulama’

Hentikan perbalahan,

Yang membingunkan masyarakat,

Bukan kesatuan umah itu lebih utama….

Saturday, June 16, 2012

dia= SAHABAT


Ku langkah kaki ini,
Mengharap dia kan hadir,
Memenuhi segala ruang,
Menyuluh segala kegelapan,
Merawat luka kesakitan,
Bergelak-ketawa disaat keriangan,
Menangis hiba disaat musibah
Menguji keimanan,
Membela diri ini disaat
Gelombang fitnah menerpa,
Buat ku rebah menghempap bumi,
Namun ku rasa semuanya hampa,
Detik-detik nafas ku,
Kosong tanpa dirinya,
Buatku terus tak bermaya,
Ohh tuhan,
Ku perlukan dia,
Yangkan mendengar semua cerita,
Memujuk disaat aku hampa,
Menahan deruan air mata,
Membela disaat dihina,
Menegur mana-mana yang tak kena,
Bersama bergelak-ketawa,
Mengenggam erat,
Bersama berjuang di jalan yang sama,
     Ku perlukan dia !!!! 

tazkirah


HABIBURRAHMAN bersabda: menuntut ilmu, diwajibkan keatas setiap orang islam. Menggunakan dalil ini, wajib kita untuk menuntut ilmu. Ilmu dibahagikan kepada dua, iaitu ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah. Ilmu fardhu ain wajib dituntut oleh setiap orang yang mengaku Allah tuhannya, dan nabi Muhammad sebagai rasulnya. Antara contoh ilmu fardhu ain, ilmu feqah( tentang solat, puasa n dll)dan ilmu tauhid( ilmu mengenal sifat2 tuhan dan segala yang dapat meningkatkan iman kita). Ilmu fardhu kifayah lak, banyak sgt, meliputi kebanyakan ilmu yang bermanfaat dan tidak membawa kepada sesat dan dosa. Ilmu fardhu kifayah ini tidak wajib dipelajari setiap orang. Tetapi perlu ada dari masyarakat untuk belajar. Contohnya, ilmu akaun, biologi,ekonomi dan fizik. Seseorang itu, tidak wajib belajar fizik, tetapi jadi wajib jika di negerinya, tiada seorang pun yang berkebolehan dalam bidang fizik.
Namun perlu untuk kita sedari, kita dilahirkan di dunia ini, bukan sahaja untuk meneroka dan mengkaji pelbagai bidang ilmu, namun diatas bahu kita telah diletakkan tanggungjawab untuk menegakkan kalimah mulia, “tiada tuhan melainkan Allah, dan Muhammad pesuruh Allah”. Kita tidak boleh untuk terus, memberi alasan bahawa tugas itu tugas mereka yang sudah bergelar dewasa. Kita perlu mengejar kejayaan akademik dahulu.
Kata-kata itulah, yang dikhuatiri menghumban kita dalam neraka jahannam. Kita sebenarnya dilahirkan dengan tanggungjawab untuk memakmurkan alam ini. Terutamanya dalam keadaan tempat kita yang tidak berada dalam nilai-nilai islam, perlu untuk kita bangkit berdiri, menyatakan kebenaran dengan cara yang telah dilakukan para mujahid dan syuhada’.
Andai kita mementingkan akademik semata-mata, samalah kita seperti barat. Yang mengejar dunia dengan menolak agama.
Sejarah telah membuktikan, zaman, umayyah, abbasiyah, utmaniyah!!! Memimpin dunia dengan meletakkan islam dihadapan, lalu mereka Berjaya.
Sejarah juga membuktikan, apabila barat mengikut agama mereka yang sesat, mereka gagal. Lalu mereka tinggalkan agama untuk Berjaya.
Kenapa kita perlu ikut barat, sedangkan agama kita islam akan membawa kearah kejayaan..

Percayalah, kamu jaga ALLAH, ALLAH jaga kamu!

soalan berhubung pakaian yang ada lambang syaitan n salib or lambang agama lain



menurut Pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus, jika memakai pakaian yang mempunyai lambang syaitan atau lambang agama lain seperti salib mempunyai dua hukum berdasarkan pendapat majoriti ulama"
1. hukum yang pertama, jika lambang itu besar, kelihatan jelas dari jauh, maka haram...

2. hukum yang kedua, jika lambang itu kecil hanya terdapat pada logo sesebuah club contohnya, maka makruh.
tetapi jika logonya kecil pada baju, tetapi pemakai baju itu berbangga atau minat, atau membeli club tersebut kerana ada lambang salib atau syaitan, maka haram!!!

portugal, brazil n beberapa kelab lain, hindarilah dari beli jersinya

masaalah seksual !!! islam ada penyelesaiannya



menyebut tentang masaalah seksual, saya telah mendegar sebuah kuliah, yang amat menarik perhatian saya tentang keadaan hari ini.

 Pada zaman ini, boleh dikatakan pelajar sekolah rendah pun sudah tahu tentang hal seks. mengejutkan, apabila baru-baru ini, pelajar darjah enam, merogol seorang pelajar perempuan yang baru 7 tahun di sebuah ladang secara bergilir-bergilir. andai pada usia 12 tahun telah melakukan jenayah sedemikian, apa pula yang akan dilakukan apabila meningkat usia remaja?

namun kita lihat, kebiasaan umur perkahwinan pada hari ini, adalah 25, malah perlu mendapatkan kerja terlebih dahulu, perlu itu dan ini. sedangkan kita pada hari ini sudah diperkenalkan tentang seks sejak dari kecil. malah, matapelajaran berkaitannya telah diajar disekolah. apabila pelajar telah mengetahui tentang seks, kemudian ditanam pula dalam diri remaja semangat ingin mencuba sesuatu yang baru, maka tidak hairanlah banyak kes zina dan buang bayi terus meningkat.

kalau kita lihat pada zaman dahulu, remaja tidak lagi kenal erti seks, malah perkataan simbol dan sebagainya. tetapi remaja pada hari ini, sudah tahu malah mudah untuk mendapatkan bahan-bahan porno.

mata pelajaran seks yang diperkenalkan bukan untuk menghentikan kes zina, tetapi mengajar remaja agar tidak membuang bayi. mala ditubuhkan sekolah khas buat insan yang terlanjur melakukan dosa besar. malah disediakan pula tabung atau tentang untuk meletakkan bayi di hospital dan sebagainya, bagi mengurangkan kes pembuangan bayi tetapi memperbanyakkan kes zina...

semuanya kembali kepada kerajaan dan masyarakat. seandainya, kita pilih Islam, maka Insyaalah, Islam mampu menyelesaikan bukan sahaja masaalah zina, tetapi masaalah buang bayi...
hudud bukan kekejaman, tetapi penyelesaian dari tuhan...

hukum minat artis korea???



bismillah, agar salah dan khilaf, ditegur bersama...
=
hurm, setiap hari soalan yang sama, ditanya oleh banat, muslimat... ape hukum minat korea, artis korea ???

hurm, meh nak gitau...

umum mengetahui x d hukum tetap dalam nas ( qat'ie) yang mengatakan haram meminati artis, x kisah la artis mana dari mana un. semua sama jer kowt...

tapi Rasulallah telah bersabda: yang mafhumnya, akir zaman artis akan dipuja.. (tanda akhir zaman)
so, yang pertama, asal sesuatu hukum adalah harus jika tiada hukum lain..
tetapi, andai korea or mana artis, buat kita terleka walau sebentar... maka akan mendekati hukum haram!!
TAPI, kalau artis yang buat kita ingat Allah, harus untuk kita minat, tetapi bukan puja dia, sampai lekat2 poster dy... tetapi kebanyakan artis yang tidak menutup aurat, maka dilarang untuk kita meminatinya..
kerana Rasulallah bersabda: pada hari kiamat, kita akan bersama dengan orang yang kita minat, cinta, puja dan sebagainya.

so, antum nak bersama artis yang x menutup aurat, yang kalau dia tidak bertaubat, maka nerakalah pengakhirannya... so fikirlah, dengan siapa antum nak bersama diakhirat kelak yer..
wallahuala..

hukum lelaki potong rambut dengan pengunting wanita



astagfirullah!!! istighfar ana sambil mengeleng kepala, melihat sebuah kedai salon ketika dalam perjalanan ke sedim. didalam kedai itu, terdapat dua orang lelaki dan penggunting rambut kedua lelaki itu adalah wanita yang tidak menutup aurat!

menurut murabbi ana, hukumnya haram, kerana ada kedai gunting rambut yang pengguntingnya lelaki! padahal sebela 2 j kedai gunting rambut lelaki...

harap antum berhati-hati..

kembalilah muslimah


muslimah memang anugerah dunia paling berharga.seperti mana sabda nabi, sebaik perhiasan ialah wanita solehah.

andai muslimah menyelusuri jalan-jalan di dunia penuh keimana dan ketaqwaan, insyaalah, mereka akan selamat dari pelbagai kesusahan akhirat kerna noda yang terjadi akibat terleka..

andai ditanya orang yang membuka mata dengan perkembangan dunia hari ini, tentang apakah sumbangan terbesar wanita? sudah pasti didalam dunia hiburan!!! yang menyelak jendela neraka jahannam.
andai ada yang melewati kedai buku yang besar-besar, pergilah ke bahagian majalah. cuba lihat, begitu banyak majalah yang front pagenya gambar wanita berpakaian yang menggugat syahwat lelaki.. astaghfirullah... begitu juga di televisen ketika iklan, berapa banyak iklan tv yang menggunakan wanita berpakaian seperti menempah ruang didalam neraka.. nauzubillah!!!

ya allah, benarlah kata Rasulallah, fitnah terbesar ialah wanita...
ya allah kembalikan kegemilangan islam dengan kau mengembalikan wanita sehebat khadijah! fatimah! aisyah! zinnirah! summayah! yang gigih berpeluh dan bermatian menjulang namamu! bukan menjulang musuhmu yallah!!

ISLAMKAH MANUSIA HARI INI????



terbeliak kedua biji mataku, tersentak jantungku, bergetar jari-jariku, bagai mendengar bisikan malaikat maut apabila ku amati tiap butiran kata seorang Ustaz ketika menyampaikan kuliah. suaranya yang halus, namun mampu mengegarkan jiwa-jiwa yang dalam hatinya ada secebis taqwa dan setitis rasa cinta kepada Habibullah Muhammad s.a.w., apabila ustaz itu mengulangi kata- kata Imam Hassan Al- basri.

kata Imam Hassan Basri seorang yang hidup dizaman para sahabat, dan zaman selepas zaman para sahabat(taabiin) yang amat terkenal, ketika dia menyampaikan kepada penduduk Negerinya:

" aku pernah hidup dizaman sahabat,dan sekarang aku hidup dizaman kamu, aku pernah lihat kelakuan para sahabat Rasulallah dan kelakuan kamu. ketahuilah, seandainya kamu melihat para sahabat nabi, sudah pasti kamu akan mengatakan mereka orang gila, dek kerana kelakuan mereka yang terlalu takutkan Allah dan Mencintai Nabi s.a.w. tetapi seandainya para sahabat melihat kamu semua, mereka akan bertanya kepada kamu, ADAKAH KAMU INI ORANG ISLAM? "

YA ALLAH, zaman tabiin itu merupakan zaman kegemilangan islam,yang pada zaman itu masih ramai, ulama' dan auliya'(para wali)... NAMUN keislaman mereka diragui....

APA pula kata para sahabat andai mereka melihat kita!!!!!!!!!!

kita apabila melihat seseorang melakukan amal ibadat secara bersungguh-sungguh, kita akan mengatakan "sedarlah, islam itu tidak susah dan menyusahkan".

ya allah ampunkan kami....

apa hukum suka n bagitau dekat orang yang kita suka???



sebabkan dah ramai tanya ni

post kat sini ja lah...

memang fitrah dalam diri manusia untuk suka menyukai. dari kecil memang kita dah suka banyak benda, kalau yang perempuan patung mainannya, kalau yang lelaki kartun POWER RANGERS dan banyak lagi..

bila dia besar sikit, dia tengok mak ayah dia kawin. lepas itu, mengaku dia sebagai anak. dia pun terfikir dari mana datangnya dia, kenapa ayahnya sayang ibunya. kemudian ditambah dengan drama, movie, novel dan sebagainya. maka terbit dihatinya rasa ingin disukai dan menyukai.

dan apabila selesai "searching" dia pun, sukalah seseorang. kalau perempuan suka lelaki, lelaki suka perempuan lebih dari seorang sahabat, maka HARUS. tetapi suka sesama jantinalebih dari seorang kawan atau sahabat, HARAM!!! ini melawan fitrah!

dah suka rasa nak bagitau, kalau bagitau kat orang yang kita suka itu, sebab nak kawin, maka haruslah bagitau. tetapi dengan cara yang betullah, jangan bagitau atas moto berdua-duaan, bagitau ikut cara islam. dengan ditemani ayah perempuan itu, atau sekadar dua orang, iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan, yang mana mereka ini telah pun berkahwin...

kalau suka sebab nak test perisa pasangan kita(berzina), atau perkara yang mendekati kearah zina, HARAM..

perbetulkan majlis bacaan yaasin dan solat hajat



perhatian kepada semua pelajar tingkatan tiga dan lima, anda diminta untuk mengadakan majlis solat hajat bermula hari ini, memandangkan peperiksaan akan berlangsung lagi 2 bulan...

perkara diatas sering berlaku disekolah-sekolah. apabila peperiksaan hampir tiba, maka pelajar mula bertaubat, diadakan bacaan yaasin pada setiap malam serta solat hajat. inikah kita, apabila akan menghadapi sesuatu yang besar baru kita kembali kepada pencipta???

pada suatu zaman pemerintahan firaun yang mengaku dirinya tuhan, Mesir dilanda kemarau panjang tanpa menerima hujan. rakyat-rakyat mesir datang berjumpa firaun  yang mengaku dirinya tuhan, agar diturunkan hujan, melihatkan keadaan itu, Firaun pergi dari rakyatnya, dan tinggal di sebuah bukit. firaun bertaubat dan mengakui Allah rabbul alamin. dia bersujud agar diampunkan dosanya. kemudian Allah turunkan hujan. dan Firaun kembali kepada rakyatnya, Lalu berkata, Akulah tuhan yang maha agong telah menurunkan hujan.

untuk mengelakkan kita dari melakukan apa yang dilakukan firaun, kita perlu untuk mendidik diri kita agar lebih awal dan konsisten melakukan ibadat kepada Allah, bukan sahaja menjaga yang fardhu tetapi yang sunat harus dilakukan secara konsisten walaupun sedikit.

malu kepada kami yang setahun jagung..


ketidak matangan dalam berpolitik

Kehangatan PRu  kian dirasai. Tindakan mereka yang bergelar dewasa terutamanya ahli-ahli politik mencerminkan keadaan politik tanah air, yang kebudak-budakan. Namun keadaan ini tidak dapat disembunyikan dari pengetahuan para pelajar. Apabila ada yang mengatakan pelajar tidak boleh ambil tahu tentang politik, maka itu kenyataan yang paling bodoh. Sedangkan di media-media sering memaparkan isu-isu politik, yang mana para pelajar tidak terlepas untuk memahaminya. Oleh itu, kenyataan “ pelajar tidak boleh ambil tahu tentang politik”,adalah kenyataan yang melambangkan kebodohan. Beberapa tindakan lain yang amat memalukan, ialan tindakan mengarahkan pengetua mewarnakan guru, mengikut pembangkan atau kerajaan. Ini menunjukkan satu keadaan politik yang amat tidak matang. Sedangkan pada tahun 2010, telahpun dibenarkan guru untuk berpolitik, mengapa perlu diwarnakan guru tersebut. Hal ini dapat memecah-belahkan guru kepada dua pihak. Secara tidak langsung, berlaku pula politik didalam sekolah, dan kesannya tidak lain tidak bukan kepada para pelajar. Apabila di sekolah lagi diajar untuk bermusuh-musuhan, apa lagi diluar sekolah. Oleh itu dalam melakukan tindakan, kerajaan dan semua kepimpinan masyarakat, perlu sedar akan kesannya kepada golongan remaja yang banyak belajar melalui persekitaran. Kalau persekitaran yang penuh dengan keadaan seperti sekarang, politik yang  tidak matang, saling kutuk-mengutuk di media, maka inilah yang akan berlaku kepada diri remaja.  Sedarlah, wahai mereka yang bergelar dewasa, anda diperhatikan.

dia Umar Al-KHattab


Dengan bersaksi cinta buat yang esa serta RasulNya, ku kuatkan kudrat kembali berkarya

Dalam meniti kehidupan, kita sentiasa mengejar nikmat keimanan dan ketaqwaan. Kita bercita-cita setinggi langit, sehebat helang dan semulia Saidina Umar sehingga jin dan syaitan gentar bertemu dengannya. Kalau kita imbau kembali sirah yang terlakar, bagaimana Al-Farouq ini mendapat begitu banyak penghargaan dan tempat disisi Allah. Ketika Isra’ Dan Mikraj, Rasullah terpandang seorang bidadari yang berlainan dari bidadari yang lain. Kelainan itu terserlah pada warna kulitnya, yang agak sedikit koko berbanding bidadari yang lain. Maka, Rasullah bertanya kepada malaikat jibrail tentang perkara itu, lalu dikhabarkan itulah bidadari yang didambakan saidina umar. Subhanallah!! Hebatnya seorang yang bergelar  Singa Allah, sehingga dimakbulkan angan-angannya memiliki bidadari yang berlainan di syurga. Maka, kita dapat konklusikan, bahawa Allah akan memberikan apa sahaja yang kita hajati berdasarkan nilai taqwa seseorang itu. Jangan pernah kita hajati setinngi langit, tapi amalan kita masih di perut bumi.