Wednesday, August 15, 2012

olympic x salah!



Ramai orang marah, bila barat atau penganjur olympic anjurkan pada bulan ramadhan. 

Kata mereka, ini semua perancangan free mason, perancangan kafir nak menghancurkan umat islam, nak menganggu ibadat di bulan ramadhan.

Adoi! Yang merintih pulak dari kalangan agamawan…

Hmm… ni jawapan saya!!!

Olympic ataupun penganjur tidak pernah salah!! Suka hati merekala nak buat Olympic malam lailatuqadar sekalipun.

 Allah firman dalam al-quraan: ‘wahai orang-orang yang  beriman, dituntut@ diwajibkan @ difardhukan keatas kamu berpuasa sebagaimana difardhukan keatas orang-orang sebelum kamu, mudahan kamu bertaqwa’.

Jelas ayat ini, menunjukkan bahawa puasa itu hanya untuk orang yang beriman, bukan kepada semua manusia.

Oleh itu, dah tahu sekarang ini bulan ramadhan, kalau takut jadi fitnah, tidak perlulah sertai Olympic. Kenapa kita nak kejar olympic yang dah confirm Malaysia tak ke mana. Tumpukan kepada Ramadhan, kalau ini pun tidak mampu nak buat, jangan mimpilah nak jadi Negara islam, Negara harapan habiburahman. olympic untuk mereka yang x islam, mereka bukan puasa, suka hati nak buat apa pun. 

kita umat islam kena puasa

Penonton pula, dah tahu sekarang ni bulan ramadhan, kenapa perlu tercegat di hadapan tv?
Pergilah menghadap Illahi, mintak ampunkan dosa, yang insyaalah dimakbulkan dalam bulan puasa, dari terus menanti kekalahan Malaysia.

samalah dengan makanan keluaran syarikat islam yang mengandungi babi. mereka tidak bersalah kerana memang mereka makan babi, tapi kita yang salah tidak mengeluarkan sendiri produk HALAL.

Namun, diingatkan disini, tidak salah bersukan, malah digalakkan, tapi kalau dah menganggu ibadat, maka ia akan mendekati haram..

No comments:

Post a Comment