Saturday, June 16, 2012

tazkirah


HABIBURRAHMAN bersabda: menuntut ilmu, diwajibkan keatas setiap orang islam. Menggunakan dalil ini, wajib kita untuk menuntut ilmu. Ilmu dibahagikan kepada dua, iaitu ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah. Ilmu fardhu ain wajib dituntut oleh setiap orang yang mengaku Allah tuhannya, dan nabi Muhammad sebagai rasulnya. Antara contoh ilmu fardhu ain, ilmu feqah( tentang solat, puasa n dll)dan ilmu tauhid( ilmu mengenal sifat2 tuhan dan segala yang dapat meningkatkan iman kita). Ilmu fardhu kifayah lak, banyak sgt, meliputi kebanyakan ilmu yang bermanfaat dan tidak membawa kepada sesat dan dosa. Ilmu fardhu kifayah ini tidak wajib dipelajari setiap orang. Tetapi perlu ada dari masyarakat untuk belajar. Contohnya, ilmu akaun, biologi,ekonomi dan fizik. Seseorang itu, tidak wajib belajar fizik, tetapi jadi wajib jika di negerinya, tiada seorang pun yang berkebolehan dalam bidang fizik.
Namun perlu untuk kita sedari, kita dilahirkan di dunia ini, bukan sahaja untuk meneroka dan mengkaji pelbagai bidang ilmu, namun diatas bahu kita telah diletakkan tanggungjawab untuk menegakkan kalimah mulia, “tiada tuhan melainkan Allah, dan Muhammad pesuruh Allah”. Kita tidak boleh untuk terus, memberi alasan bahawa tugas itu tugas mereka yang sudah bergelar dewasa. Kita perlu mengejar kejayaan akademik dahulu.
Kata-kata itulah, yang dikhuatiri menghumban kita dalam neraka jahannam. Kita sebenarnya dilahirkan dengan tanggungjawab untuk memakmurkan alam ini. Terutamanya dalam keadaan tempat kita yang tidak berada dalam nilai-nilai islam, perlu untuk kita bangkit berdiri, menyatakan kebenaran dengan cara yang telah dilakukan para mujahid dan syuhada’.
Andai kita mementingkan akademik semata-mata, samalah kita seperti barat. Yang mengejar dunia dengan menolak agama.
Sejarah telah membuktikan, zaman, umayyah, abbasiyah, utmaniyah!!! Memimpin dunia dengan meletakkan islam dihadapan, lalu mereka Berjaya.
Sejarah juga membuktikan, apabila barat mengikut agama mereka yang sesat, mereka gagal. Lalu mereka tinggalkan agama untuk Berjaya.
Kenapa kita perlu ikut barat, sedangkan agama kita islam akan membawa kearah kejayaan..

Percayalah, kamu jaga ALLAH, ALLAH jaga kamu!

No comments:

Post a Comment