Sunday, August 19, 2012

Aku pilih perang dari keamanan!


Terpandang aku akan sebuah iklan di tv3, 
menceritakan tentang seorang pelajar yang baru pulang dari mesir ke Malaysia. Didalam perjalanan, pemuda itu, teringat akan kekecohan di mesir. Kemudian di banding dengan Malaysia yang katanya aman.

Allahuakabar!'
 Kita lebih memikirkan keamanan didunia, berbanding kesakitan disaat urat-urat dibakar, tangan kita hangus kerana di dunia kita tidak memilih jalan yang menegakkan hukum Allah.

Kita bangga mengecapi keamanan, disaat hukum Allah dihina kerana tidak pernah dimartabatkan.

Kita bangga Malaysia aman, tidak seperti di Negara luar, disaat arak, judi, rasuah yang diamalkan golongan berijazah terus bermaharajalela. Baik pemimpin atau korporat, semuanya sama, hidup dipayungi kekayaan, disaat golongan faqir terus merana.

Biarpun rakyat Mesir, Libya, Syria dan Burma bermandikan darah, menelan air mata yang tidak berhenti mengalir melihat anak mati dipancung, suami tersungkur ditembus peluru, rumah hancur dibom, tapi mereka bangga, sehingga Mursi naik takhta.

 Mereka semua berjuang untuk keamanan yang sebenar, iaitu keamanan apabila islam yang menguasai Negara, bukan diperintah golongan pemfitnah, munafiq dan fasiq durjana.

Lihat, hanya sebulan rakyat Mesir berjuang, Allah telah tumbangkan Mubarak, seandainya kita semua umat islam bangkit bersatu, tidak mustahil Islam yang akan menguasai dunia.

Sedarlah, bukan Mesir yang tidak aman, tetapi kita Malaysia yang tidak aman!

Selagi Kita terus dihujani maksiat, arak, judi, zina, bukan keamanan namanya.

Sedarlah!!!

1 comment: