Ku lihat
mereka, pasti ibu bapa dilambung gembira.
Pasti riuh sekampung, bagai ayam yang
bertelur. Berkokok si ayam jantan, dengar sekampung, kerana seronoknya si
betina berjaya bertelur.
Begitulah agaknya, apabila seorang ayah mendapat tahu
yang anaknya mendapat tawaran untuk menyambung pelajaran ke mana-mana
universiti lagi bahagia hati si ayah apabila anaknya menyambung pelajaran ke
luar negara. Dipanggilnya orang kampung kerumah, dibuatnya tahlil dan doa
selamat.
Dikorbannya ayam, itik serta kambing untuk menjadi juadah. Malah ada
yang lebih mengharukan sanggup menjual tanah bendang, kebun dan dusun untuk
membiayai kos pengajian. Walaupun mendapat biasiswa, namun kos-kos lain seperti
‘medical check-up’ dan lain-lain akan menelan ribuan ringgit.
Kalau si ibu
pula, sanggup menggadaikan barang kemas dengan lelehan air mata dek kerana
menggadaikan peninggalan arwah si ibunya dahulu. Namun demi menggubah nasib
keluarga, bangsa dan agama, ibunya sanggup melakukan apa sahaja.
Persoalan
yang timbul adalah tentang si anak? Adakah dia sanggup menahan segala mehnah
diahadapan demi menebus sebuah pengorbanan yang ditaburi oleh kedua orang tua.
Andai dia hanyut ketika merempuh badai di IPT, maka punahlah segala impian yang
ditaburi oleh kedua ibu bapa.
ISTIDRAJ!
Mungkin ada
yang memahami maksud perkataan tersebut. Maksudnya ialah satu kelebihan yang
Allah berikan kepada seseorang manusia untuk menambahkan lagi kesesatannya.
Contoh yang seing digunakan ialah Firaun. Allah menambah kenikmatan kepadanya,
gar bertmabah sesat.
Ingat, tuhan yang ada pada zaman Nabi Musa, adalah sama
dengan tuhan yang kita sembah pada hari ini.
Maka tidak mustahil, untuk kita
menjadi calon penerima anugerah Istidraj.
Istidraj
yang dimaksudkan untuk kita golongan yang menutut ilmu ini ada pelbagai.
Antaranya, kita akan disesatkan dengan apa yang kita lemah.
Sekiranya
seseorang itu lemah dengan wanita, maka Allah mengizinkannya pergi jauh dari
orang-orang yang mengingatkannya tentang bahaya zina dan sebagainya.
Dia
mendapat tawaran ke UK, Canada atau Korea mahupun negara Arab sekalipun, dia
akan mudah untuk menuju ke jalan zina.
Dinegara yang tiada undang-undang yang
menghalang hubungan bebas, memang mudah untuk berzina. Maka, memang dapat
dipanggil Istidraj jika seseorang itu dihantar ke tempat dimana ada sesuatu
yang mampu melemahkan imannya.
Ada juga
yang dihantar ke Jepun, kemudian gagal meneruskan pelajaran kerana biasiswa
terhenti. Biasanya, menurut pegawai JPA, pelajar yang ‘repeat test’ adalah
disebabkan kegagalan dalam ujian sebelum. Maka, biasiswa yang diberikan akan
terhenti. Mungkin disebabkan terlalu leka dengan gadjet dan sebagainya, dia
tenggelam dengan kemewahan dan tipu dunia.
Tetapi
seandainya, seseorang itu dihantar ke Las Vegas sekalipun, namun wanita dan judi bukanlah satu yang dapat
melemahkannya, dan dia mampu mengawal syahwatnya,serta mampu istiqomah atas jalan yang Maha Esa, maka tiada masalah.
Pergilah
kemanapun asalkan iman dan kalimah tauhid sentiasa bersama.
Namun,
sekiranya, kita masih diberi kesedaran dan hidayah Allah, maka bertaubatlah,
didiklah hati dengan zikrullah.
Wallahualam.


.jpg)
.jpg)
No comments:
Post a Comment