Monday, December 24, 2012

mencari srikandi hati


indahnya sewaktu islam datang,

menghentikan pemerdagangan wanita,

ramai pelacur menguntum senyuman,

ada juga yang datang membela,

tika itu juga terdengar helaian tawa,

anak perempuan...

mereka takkan ditanam lagi,

gembira si isteri dengan nafqah si suami,

hamba wanita tak perlu lagi,

sujud pada manusia,

dikenang suatu peristiwa...

lazatnya air zamzam diminum,

kerana bijaknya wanita bernama hajar,

kalau tidak mungkin banjir melanda,

berkatnya tangan seorang wanita,

harum mekar mewangi bau Masyitoh di syurga,

mempertahankan aqidah di hadapan firaun durjana,

hebatnya Fatimah Az-zahrah,

lambang wanita suci,

hidup tanpa noda,

membela perjuangan ayahanda,

hebatnya cinta khadijah,

utuh berdiri di samping suami,

semoga ada lagi wanita zaman ini yg mewarisi mereka ini

1 comment:

  1. tp kini kebanyakan nya kembali ke zaman jahiliah,,

    http://ayaaliastomey.blogspot.com/

    ReplyDelete