Monday, December 31, 2012

khilaf BADAR kEESAasS









Suatu hari dalam kereta sepupu, OTW nak ke KISAS:

“ mad, kenapa abang dengar hampa punya BADAR over, Extreme semua lah. Orang kata syadid lah, perlukah sampai macam itu. Abang pernah dengar badar KIsas pecahkan TV, cube ceriter sket”

Suatu hari pada saat ber ‘chatting’ dengan A girl, dari SBP jugak:

“eyh, I’m sorry. I nak tanya something, knapa I dengar BADAR korang syadid, tak bagi BOYZ cakap dengan GUrlz, haramkah? Macam mana nak buat kerja, korang kena hidup atas realitilah, kita bukan hidup atas fantasi, kerjasama 2 penting untuk bangunkan KISAS”

Suatu hari terjumpa seorang kakak Alumni sekolah lama sebelum penulis masuk KISAS:

“ eyh, MAD, Ok ke KISAS? Dengaq kata dekat KISAS, hampa ada LIQA’ al-bab atau Babul LIQA’, nak cakap kena cari pintu? Betulkah? Susahla nak communicate kalau macam 2! Ni akak dengar dari kawan kakak dari KISAS yang masuk UTP,”

Terjumpa budak lelaki SBP waktu HKSBP, dekat STAR:

“ eyh dengar kata darjat BADAR dekat KISAS lagi tinggi dari KP? Betulkah? Dengar kata BADAR tak bagi panggil student KISAS panggil nama, kena panggil Muslimin for boys, dan kalau girls kena panggil muslimat” teroknya. Bukankah islam suruh kita berkenalan.

Seorang pelajar KISAS sendiri bertanya:

“aku tak puas hati r dengan BADAR, asal muslimat tak boley buat itu, tak boley wat ni! Kitorang pun ada hak nak main, nak main futsal, nak join Paintball, salahkah? Tak abes-abes dengan ikhtilat! 

Huh!”

BENARLAH KATA NABI, ZAMAN FITNAH ITU MEMANG PERIT, FITNAH ADA DIMANA-MANA

Ana jawab yer satu per satu ;

Untuk soalan tentang TV yang dipecahkan itu, Wallahualam. Ana pun tidak pasti apa yang menjadi asbab berlakunya perkara itu. Cuma ada seorang Ustazah yang mengajar PSI, mengingatkan kepada ana supaya menjalankan tarbiyah dengan baik. Jangan pecahkan tv lagi. Saya pun x pasti, tapi saya sendiri akan melakukan perkara sama, jika disebabkan tv:
     
         Result kawan-kawan merosot
     
      Lambat solat dan lambat bangun subuh( hal ini pernah dilakukan oleh saidina Umar, apbila dia memukul seorang lelaki kerana lambat menunaikan solat disebabkan melakukan kerja-kerja yang tidak berfaedah)
3
.       Tarbiyah merosot( para pelajar terlalu asyik dengan tv, sampai al-mulk tidak baca, mathurat tidak baca, terjerit-jerit depan tv)

Semua ini dilakukan ikut kesesuaian zaman


Soalan yang kedua;

BADAR KISAS, tidak pernah sesekali mengeluarkan fatwa bercakap dengan muslimat(pelajar perempuan) atau muslimat bercakap dengan Muslimin(pelajar lelaki) adalah HARAM. Tidak pernah rasanya, tetapi siapa yang nak cakap atas urusan yang perlukan muslimat, perlulah menjaga adab-adab yang diwarisi dan dicipta untuk kemaslahatan semua pelajar. Kalau nak pergi bergurau, nak tanya ayah awak kerja apa, nak gi tanya adik awak minat citer 3 idiots x, tidak perlu. Malah akan menimbulkan fitnah. Jadi , kalau sekadar KR nak pergi jumpa PKR, ajak bincang tentang masalah rumah. Tidak menjadi masalah. Asalkan ikut adab-adab yang digariskan.

Pertanyaan ketiga;

Kenapa perlu gunakan Liqa’ Al-bab( bercakap dibelakang pintu). Soalan ini saya pernah tanya dekat Ustaz Rosli Othman Al-balfasi, sekarang Ahli Majlis Fatwa dan bertugas di JPNPP. Beliau merupakan bekas pelajar KIK. Isu ini wujud sejak zaman 80-an lagi. Beliau menjawab, ada ayat quraan yang memerintahkan isteri nabi untuk berbicara dengan lelaki lain di sebalik hijab. Maka ayat ini turun kepada isteri nabi. Ada orang kata isteri nabi je lah kena ikut sebab mereka isteri nabi. Taraf dan darjat mereka tinggi. Tapi kita kena sedar, isteri Nabi itu adalah Ummahatul MU’minat. Ibu kepada semua orang mu’minat. Jadi, sebagai anak, kena ikut ibulah. Apa yang diperintahkan kepada semua isteri nabi adalah perintah kepada untuk semua muslimat. walaupun x berbaur perintah wajib, namun itulah yang terbaik agar selamat dari segala fitnah dan kes rogol.

Isu keempat;

Memang benar islam suruh kita berkenal-kenalan antara lelaki dan perempuan, . Namun perlu kita lihat dari segi keprluan dan mudorat yang kan timbul apabila terlalu berkenalan. Tidak hairan kes couple dekat sbp lain dan smka lain bertimbun sebab korang tak panggil muslimin & muslimat lah. 

Tersentap!

kalau kenal diatas urusan kerja, tiada masalah kalau nak panggil muslimin dan muslimat pun. Perasaan pun tak timbul. Klau nak berdebat pasal perasaan, cuba tengok post yang sebelum ni pasal hukum suka lelaki dan perempuan.
Kisas bukan medan untuk berkenalan dan membiarkan pucuk cinta tumbuh di bumi waqafan ini.


The hottest issue!

Islam memang amat menganjurkan umatnya beriadah. Kalau nak sebut hikam waamsal itu, memang ramai dah hafal. Kalau ustazah marking paper insya’, memang majority tulis “al-aqlu salim fi jismi salim”. Islam tidak mengharuskan kepada golongan lelaki untuk beriadah, malah wanita juga diharuskan bersukan dan beriadah.

Yang menjadi masalah, apabila melakukan riadah dengan alat music. Seperti senamaerobik, adalah harus kalau pasang muzik yang mengingatkan hati kepada Allah dan mengasingkan lelaki dan perempuan. Kalau tutup aurat, tidak kelihatan bentuk badan muslimat oleh muslimin maka harus.
Yang menjadi halangan dan haram apabila muslimat main futsal depan muslimin. Kemudian terjerit-jerit.

“mardhiah! Pass dekat aku bola tu”

“wardah, cepat-cepat! Gooooooaal!!!!”

“ balqis! Tolong ana, kaki anak terseliuh”

Dengan kedengaran suara ayu dan terjerit –jerit mengalahkan lelaki, itu yang haram.

Kemudian dengan keadaan berpeluh dan badan yang melekit, berjalan pula depan muslimin, tak tahulah kalau tiada perasaan malu. Muslimin pun ramai yang malu, kalau berpeluh masuk ke kelas.

Kemudian jurulatih pun satu masalah, nak latih pelajar perempuan, mana boleh guru lelaki yang ajar. Tak kisahlah berpuluh tahun beza umur pun, tapi nafsu tidak pernah mati.

Kalau main dalam dewan tertutup, tiada laki yang tengok, bukan waktu solat dan sebagainya, maka HARUS untuk muslimat melakukan riadah.

Kalau bab PAINTBALL, haha…

Teringat waktu lawan PAINTBALL  dengan TEAM MUSLIMAT. bila ditembak bertalu-talu, tiba-tiba seorang muslimat membaling MASK.

Terlalu emosi agaknya.

Nanti jadi macam BOLLYWOOD & HOLLYWOOD, terlalu indah sehingga syaitan hinggap di hati. Takut lahir pula cinta paintball~

Ok! Harap faham, badar KISAS bukanlah membabi buta membuat keputusan. Segalanya diSYURA mengikut keadaan pelajar untuk terus mengharmonikan BIAh solehah di KISAS.

BADAR= BADAN DAKWAH DAN ROHANI
KISAS= KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH
LIQA' ALBAB/ BABUL LIQA'= BERCAKAP ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN TETAPI SEORANG AKAN BERADA DI SEBALIK PINTU( X NAK BAGI NAMPAK MUKA)
KP= KETUA PELAJAR(PENGAWAS)
KR=KETUA RUMAH 
PKR= PENOLONG KETUA RUMAH
UTP= UNI TEKNOLOGI PETRONAS

No comments:

Post a Comment