Saturday, December 22, 2012

segalanya tentang cinta


Dulu pernah aku terfikir, kalau lepas SPM dah boleh kawin ke?

Aku pernah disajikan tentang abang-abang senior yang ‘akad ‘ lepas STAM dan usai menerima keputusan SPM.

Pelbagai kisah aku dikhayalkan tentang alam pernikahan..

Ada sebuah kisah yang memang menarik perhatian setiap warga kolej yang mengimpikan perkahwinan yang sempurna pada umur yang masih muda.

                                                      

Kisahnya tentang seorang Presiden Badar, yang menghadiri sebuah Daurah untuk menadah ilmu agama. Setelah lama menadah kitab dengan ulama’ di pondok tersebut, dia ditanya satu soalan. Seperti mana Muslih dalam novel Cintaku Kerana Agamamu,(karya DR. Farhan Hadi) disoal pensyarahnya. Ulama’ tersebut menghabarkan yang ada seorang santri yang ingin berkahwin. Lalu ayahnya, meminta ustaz untuk mencari pasangan yang sesuai. “ana merasakan enta paling sesuai”, kata ustaz itu. Setelah diistikaharahkan, memohon petunjuk Allah, mereka selamat di’akkadkan dan kini bersama mengembara di bumi kelahiran Nabi Musa, untuk mengejar kemanisan ilmu bersama zaujahnya tercinta. Selepas berkahwin, baru diketahui tentang keluarga zaujahnya, yang merupakan keturunan orang kenamaan di Kuala Lumpur.

 Ramai yang lemah apabila mengingatkan kembali kisah ini.

Indahnya cerita cinta orang yang berpuasa nafsu. Segalanya indah pada saat iftar nafsu cinta. Mereka tidak pernah bertemu,berkawan-kawan dahulu sebelum akad yang menghalalkan segala yang haram. Pasangan seperti ini memang sukar dicari. Biarpun bergelar Hafiz atau Hafizah, mahupun lepasan sekolah agama, namun memang sukar menahan godaan syahwat yang ingin dibelai cinta pada saat remaja.
 Semuanya dilakukan dengan penuh perasaan mengejar mardhatillah.

Tapi sekarang, sudah hampir sebulan dari tarikh akhir kertas yang kuambil untuk SPM, aku mulai sedar. Cinta yang dikejar tak seindah dalam movie dan drama. Kisah mereka indah dek kerana khayalan penulis skrip yang ku yakin tidak mengalami keindahan cinta dalam skrip karangannya. Memang seronok rasanya kalau cinta kita seindah dalam cereka. Namun ku sedar akan semua itu, cinta dunia tanpa akad ini satu ‘token’ ke pintu neraka. 

Sebagaimana tercoret dalam sabda Saiyyiduna Muhammad s.a.w “ dunia ini adalah syurga untuk orang kafir, tapi neraka untuk orang beriman”. 

Bimbang kalau kita terasa bahagia dengan cinta yang sememangnya tidak diredhai oleh sesiapa, termasuk dalam syurga dunia. Lebih baik kita terasa peritnya menahan hawa nafsu, tapi indahnya dilayan Bidadari syurga.

Kalau lepas SPM, lebih baik diisi dengan menuntut ilmu, menghadiri kuliah-kuliah ilmu. Inilah masa yang sesuai untuk bermuhasabah diri dan mengislah diri. Pada waktu inilah, seronok mengejar ilmu tanpa terikat dengan jadual persekolahan. 

Apabila menjejak kaki ke IPT, kita akan kembali terikat dengan jadual yang amat padat. Kuliah, tamrin, liqa’, mukhayyam dan sebagainya.

Perancangan nak tulis novel belum tercapai. Banyak cerita yang ku peroleh sepanjang bermusafir di bumi waqafan.

 Mohon yang setia membaca mendoakan agar novel yang pertama dapat terhasil.

Wallahualam.

No comments:

Post a Comment